
Masjid Putra menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah bilik kuliah bagi aktiviti ceramah, bilik pengurusan jenazah bagi pengurusan jenazah dan perpustakaan.
Seiring dengan misi untuk menjadikan Masjid Putra sebagai sebuah institusi ibadah, perkembangan ilmu dan pembangunan ummah menjelang tahun 2014, pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan. Program ini bukan sahaja melibatkan ibubapa (golongan dewasa) malah kanak-kanak. Antara program yang telah dianjurkan adalah Program Yasin, Kursus Jenazah, Program Rumah Tangga dan Program Grade Taekwando
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
